Eziclean Serbuk Pencuci Pekat
Serbuk pencuci pekat Eziclean dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam. Ia mengandungi pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. Produk ini mempunyai natrium tripolifosfat, 3 jenis enzim, pencerah optik, kurang berbuih dan pekat formulanya.
Apakah keistimewaan serbuk pencuci pekat Eziclean?
Ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula.
Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda atau buih?
TIDAK! Serbuk pencuci pekat Eziclean tidak mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda. Di samping itu, ia kurang berbuih.
Apakah bau serbuk pencuci pekat Eziclean?
Bau haruman bunga-bungaan.
Cara penggunaan Eziclean :
Untuk kuantiti cucian sederhana, guna sesudu Eziclean (20 Gram)
Untuk kuantiti cucian banyak, guna satu setengah Eziclean (30 Gram)
Untuk cucian tangan:
Sekiranya cucian sikit, guna 2/3 sudu Eziclean (15 Gram)
Untuk cucian tangan yang banyak, guna sesudu Eziclean (20 Gram)
Eziclean ni boleh cuci 50 kali cucian tau dengan hanya 1 paket je. Jimat, kan ;)
INFO PRODUK
Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik?
YA, serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik untuk memastikan pakaian supaya kekal kelihatan cerah dan baru.
Antara kelebihan lain yang terdapat pada Eziclean ni adalah:
- MEMELIHARA TANGAN DARI JADI KASAR.
- SELAMAT DIGUNAKAN.
- Berkesan untuk SINGKIRKAN KOTORAN DEGIL yang mengandungi protein dan kanji seperti telur, kuah, darah, coklat dan sebagainya.
- Mencegah BAU BUSUK dan MENYAHKUMAN serta menjadikan pakaian dan kain berbau segar dan bersih.
- Formula ANTI KARAT yang memelihara kain dan melindungi mesin basuh.
- Rumusan KURANG BUIH yang dapat menjimatkan penggunaan air berlebihan.
- Rumusan TANPA KLORIN. Sesuai untuk fabric tiruan dan bahan celupan tapi tak digalakkan digunakan pada kain jenis sutera.
POLISI PEMULANGAN PRODUK DAN WANG
Terima kasih kerana membeli-belah bersama kami.
Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, kami bersedia membantu.
PEMULANGAN PRODUK
Anda mempunyai 30 hari untuk memulangkan sebarang produk dari tarikh pembelian.
Untuk melayakkan anda memulangkan kembali produk kepada kami, produk mestilah masih belum digunakan dan masih belum dibuka dari bungkusan asal. Produk mestilah berkeadaan sama seperti yang anda terima.
Anda perlu mengemukakan resit sebagai bukti pembelian dengan pihak kami.
PEMULANGAN WANG
Sejurus selepas kami menerima produk yang dipulangkan, kami akan memaklumkan pihak anda diatas penerimaan produk dan melakukan siasatan. Kami akan memaklumkan status pemulangan wang sejurus selepas siasatan dijalankan.
Jika pemulangan wang anda diluluskan, kami akan jalankan pemulangan wang melalui transaksi bank. Anda akan menerima notis pemulangan dan resit transaksi sejurus selepas pemulangan dijalankan.
KOS PEMULANGAN PRODUK
Segala kos untk penghantaran semula produk kepada kami dan penghantaran semula produk kepada anda adalah diatas pelanggan sendiri. Kos penghantaran tidak boleh dipulangkan semula. Jikaanda menerima pemulangan semula wang, kos penghantaran mungkin akan ditolak dari jumlah pemulangan semula wang.
HUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan polisi pemulangan semula produk dan bayaran bailk, sila hubungi kami.